Selasa, 23 Ogos 2011

CUBA KALAU TIADA DOSA

CUBA KALAU TIADA DOSA
Semalam, hari ini, dan akan datang
Cococola diteguk bukannya arak
Kerepek dikunyah bukannya kacang
Seperti yang disangkakan,
Benar sangkaan mu salah sama sekali
Jangan sesekali menilai dari luaran saja
Benar, kata-kata mengambarkan hati
Cuba kalau tiada DOSA
Pasti manusia durjana bersuka rela
Pastinya juga bermaharajalela
Tapi, Dia sudah menentukannya
Kita ,manusia juga insan di bumi fana
Tidak pernah lari dari DOSA
Tidak kira kecil atau besar
Tidak kira sikit atau banyak
Pastinya ada tercatit di buku malaikat
Untungnya hidup bagi yang ingat DOSA
Malangnya hidup bagi yang taksub dunia
Hidup mati sudah tertulis
Jodoh juga sudah termaktub
ingatlah dunia hanya sementara.
NUKILANKU: AZA PNEU RITA