Rabu, 12 Oktober 2011

dari cerpen sndiri kepada ... ini la hasilnya

Damai hati terang sudah
Perjalanan kita harung bersama
Cintanya tumbuh di bumi
Mekar dilangit
Indahnya kalbu
Cahaya kasih menerangi
Tiap insan damba kasih
Jiwa insan lupa
Hanya Dia yang tahu

Sabtu, 8 Oktober 2011

sahabat seperti BINTANG *

SAHABATKU,

TEGURLAH JIKA AKU MULAI SOMBONG,
TEGURLAH JIKA AKU MULAI ANGKUH,
TEGURLAH JIKA AKU MULAI SALAH,
KERANA AKU MASIH PERLU SHABAT SEPERTI KAU
UNTUK HARI INI,ESOK DAN SELAMANYA
KERANA SAHABAT SEPERTI BINTANG
WALAUPUN JAUH TETAP BERCAHAYA
MESKIPUN KADANG MENGHILANG
TAPI TETAP ADA.

Selasa, 23 Ogos 2011

CUBA KALAU TIADA DOSA

CUBA KALAU TIADA DOSA
Semalam, hari ini, dan akan datang
Cococola diteguk bukannya arak
Kerepek dikunyah bukannya kacang
Seperti yang disangkakan,
Benar sangkaan mu salah sama sekali
Jangan sesekali menilai dari luaran saja
Benar, kata-kata mengambarkan hati
Cuba kalau tiada DOSA
Pasti manusia durjana bersuka rela
Pastinya juga bermaharajalela
Tapi, Dia sudah menentukannya
Kita ,manusia juga insan di bumi fana
Tidak pernah lari dari DOSA
Tidak kira kecil atau besar
Tidak kira sikit atau banyak
Pastinya ada tercatit di buku malaikat
Untungnya hidup bagi yang ingat DOSA
Malangnya hidup bagi yang taksub dunia
Hidup mati sudah tertulis
Jodoh juga sudah termaktub
ingatlah dunia hanya sementara.
NUKILANKU: AZA PNEU RITA

Ahad, 24 Julai 2011

C.I.N.T.A.



Cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar makin ia menghindar tapi bila dibiarkan ia terbang ia akan menghampirimu saat kau tidak menduganya..

Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang benar-benar layak menerimanya dan memilikinya.

Cinta bukannya soal mencari seseorang yang sempurna tapi menemukan seseorang yang mampu mengubahmu menjadi yang paling sempurna. :)


ini SMS sorang kawan kepadaku.

Selasa, 12 April 2011

kau "ibu ku"






Di manakah kau berada? Dimana?
Lihatlah diri ini sendirian
Tanpa kau di sisiku
Mengharungi ombak dugaan dunia
Dunia yang fana
Aku tidak pernah lihat wajahmu
Yang mulus penuh kasih sayang
Memberikan ketenangan jiwa yang bergelora
Yang membelai aku semasa kecil
Saat aku masih merah lagi
Walau aku tidak ingat wajahmu lagi
Akanku cuba dan paksa untuk mengingati
Menyelongkar lautan memori yang telah tersimpan
Di manakah? Bagaimanakah?
Kenapakah? Apakah?
Ibu, di manakah kau berada?
Anakmu sangat rindukan tangan yang mampu mengoncang dunia
Ibu akan menunggu di sini, sayang.
Di sini sayang…